Friday, May 28, 2010
Harapan Terakhir
Tuhanku…
Tiada amalanku yang dapat ku persembahkan kepada Mu
Kerana kebaikanku telah ditembusi oleh kejahatanku sendiri..
Melainkan hanya ini yang menjadi harapan
Air mata penyesalan, sujud seorang hamba
Tangan yang sentiasa mengharap rahmat Mu
Dan wajah yang malu memandang Mu
Meskipun rayuan setinggi gunung..
Namun …kesangsian datang dicelah harapan
Apakah air mataku yang mengalir
Seikhlas air mata penyesalan nabi Mu Adam a.s?
Hinggakan bumi tebelah menjadi sungai
Apakah sujudku ini sehebat Uwais al Qarni?
Yang merintih hingga sampai dinihari..
Apakah tanganku ini menadah serta memohon
Seperti ketulusan tangan air mata Siti Mariam?
Yang merayu kehadrat-Mu, ya Allah…….
Ya Tuhanku….
Apakah wajahku ini mengharap
Seperti wajah kekasihMu, Rabi’atul Adawiyyah?
Yang mengharapMu dengan rasa kehinaan
Semua kesangsian ini mendatangkan kegentaran di dalam dadaku untuk menghadapMu
Tapi….
Hanya ini yang aku ada
Terimalah…
Terimalah wahai tuhanku…
Hanya ini yang aku ada…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment